Kenangan mengusik jiwa


Ah..tiba-tiba hati di gamit rindu..
Rindu pada saat aku masih kecil
Sewaktu ketika dahulu dimanja dan di sayangi..
Nak makan cakap saja pada mama
Pasti akan di masakkan..
Bagitahu saja pada papa
Nak beli apa.pasti akan di beli.
Walaupun diluar kemampuannya.
zaman kanak-kanak itu sangatlah indah.
Seakan aku ingin kembali pada zaman itu..

Sekarang tak mungkin.
Kerana aku punya keluarga sendiri
Dan punya puteri-puteri yang sangat comel..
Hasil perkahwinan dua etnik yang berbeza.
Inilah yang aku impikan dari zaman sekolah..untuk mempunyai zuriat yg bukan dari kalangan anak bangsawan sabah.
Walaupun kami dipisahkan dengan laut china selatan..
Itu tidak menggugat kerinduan ku pada kampung halamanku di Borneo..
Kerana kemudahan yang mampu menjanjikan kepuasan untuk saling berhubung keluarga di sana..

Sekarang baru aku rasa bagaimana
Hati seorang ibu..sungguh bahagia..
Melayan keletah puteri-puteri kesayangan..
Yang berbagai ragam..
Sikakak seorang yang penyayang dan pelindung..
Si adik seorang yang manja dan pandai mengambil hati..

Ah..rindunya pada adik-adik yang sukar di sangkal lagi..
Teman sepermainan,mengaji,bergaduh,tidur,terjun ke laut bersama..hingga membuat mak risau..ingatkan dah hanyut kelaut..

Sekarang sudah punya keluarga sendiri..
Sudah tidak rapat seperti dulu..
Masing-masing dengan hal rumah tangga.

Andai bisa aku putarkan masa..pasti aku ingin kembali di zaman kanak-kanak..

P/S: sebenarnya rindu masakan mama.
I wish u all "tadao tagazo do ka amatan"


Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Siapakah roza roslan?

activities astro kasih rumah jagaan orangtua sejahtera