perginya insan tercinta

Bismillahirahmanirahim.

Al-fatihah untuk arwah tok rahmah yang kembali kepada sang penciptanya pada 12.04.2014.

Sudah lama aku ingin mengupdate entri berkenaan dengan tok husband aku (ibu kepada mak mertuaku) yang telah kembali ke rahmatullah dua bulan yang lepas..jangan ada yang terasa kerana aku hanya ingin berkongsi cerita yang baik-baik sahaja mengenai arwah.

Selama aku berkahwin dengan suamiku.
Baru dua kali aku jumpa tok.yelah munkin disebabkan aku duk kl,tok duk kedah membuatkan kami jarang bersua.

Apa yang aku dapat tahu dari saudara mara belah suamiku.
Tok adalah seorang yang disenangi ramai
Dan sangat suka mengajar anak-anak mengaji tampa mengharapkan upah dan ganjaran.
Dalam usianya 90 tahun arwah masih mampu berjemaah di surau berdekatan.
Tampa perlu menggunakan tongkat.
Matanya masih terang untuk memasukkan benang ke jarum.
Mampu memperbetulkan bacaan budak-budak tampa melihat al-quran.
Betapa istimewanya arwah tok semasa hayatnya.
Allah s w t memberi ganjaran dengan memanjangkan usia hingga 94 tahun 5bulan.itulah anugerah yang allah berikan padanya..

Sebelum beliau kembali kerahmatullah..
Arwah tidak lalu makan selama 2minggu dan kami mendapat panggilan dari mak long yang arwah dah tenat kini berada dirumah mak long (kakak kepada mak mertua).
sebelum ni arwah tinggal sendiri di sebuah pondok yang beratapkan rumbia,hanya berdapurkan kayu api.munkin ada di antara kita masih tak percaya..tapi itulah hakikat yang benar aku sendiri melihat keadaannya semasa arwah masih sihat
Begitu daif sekali padahal anak-anak mampu memberikan kemewahan.
Jangan kata kemewahan duit pun tak di pandang.duit yang ada dalam simpanan
Diwakafkan di sekolah pondok tempat arwah mengajar dan belajar.

Seminggu sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir itulah kali yang terakhir aku melihat arwah.wajahnya sangat tenang setenang air yang x berkocak.ku pegang tangan tua itu.hatiku menjadi sebak.kukucup tangan tua yang dah tak bermaya itu dengan hati yang hiba..
Tubuhnya dah mulai susut,kakinya dah mulai bengkak dengan air.seakan sekujur tubuh itu tidak mahu lagi menerima makanan dunia ini.
Dalam hati aku berdoa" ya allah kau permudahkanlah saat hembusan nafas terakhirnya".aku cuba berbaring ditepi sekujur tubuh kecil itu.ingin merasakan apa yang dirasakannya saat itu.
Namun,aku tak bisa..
Kerana aku tak kuat..tak sekuat hati mak mertuaku.

Selepas 2 hari berada di kg.kami semua memulakan perjalanan balik ke kl dengan harapan dan doa semoga tok kembali sehat.walaupun peluang itu sangat tipis.

Seminggu lepas balik dari kampung kedah.
Kami mendapat panggilan yang tok sudah menghembuskan nafas terakhir pada 12.4.2014 pukul 9.30am.mak tak dapat menatap wajah terakhir tok.kerana mak dah balik kl selang sehari sebelum tok pergi.itupun adik kepada suamiku yang mengajak mak balik kl secara kebetulan bapa mertuanya dimasukkan ke wad kat hospital kedah sebelum dipindahkan ke hospital ampang.Aku mendengar alasan yang di beri untuk membawa mak balik ke kl.
Nak bawa mak p makan steamboat.nak celebrate befday mak pada 11.4.2014.
Tapi semua tak jadi kerana perancangan yang mereka buat tak betul-betul hanya sekadar cakap kosong.aku memang tak tahu menahu hal ni.sebab aku memang tak masuk campur..aku lebih suka buat hal sendiri.tak kisahlah orang nak cakap aku berlagak ke,tak nak campur orang ke.opps..terlebih sudah..
Akhirnya malam tu mak tak kemana-mana.
Untuk menutup rasa kesedihan mak aku belanja mak sebijik kek.time tupun poket aku tengah tipis.

 kek yang tak seberapa inilah yang aku mampu beli
Nilah mak mertuaku dan kakak.(cucu kesayangan)

Aku tak tahu nak buat apalagi ni je alasan yang aku boleh bagi.sebagai menantu aku juga tumpang sedih..

Apa yang aku dapat tahu dari kak yang yang menguruskan jenazah tok.
Alhamdulillah..allah permudahkn semuanya.saat ciuman terakhir yang di berikan oleh anak-anak dan cucu cicitnya.
Sekujur tubuh yang telah kaku itu sedang tersenyum seolah arwah sedang tidur.
Dia kembali menghadap sang penciptanya dengan penuh gembira..

Saat jenazah ingin di kebumikan masa itu panas matahari sangat terik.entah darimana datangnya angin meniup sepoi-sepoi bahasa.tiba-tiba segumpal awan datang memayungi jenazah hingga ke perkuburan.setelah urusan pengebumian selesai..barulah awan itu berarak pergi..

Sepanjang hayat arwah hanya di habiskan dengan membaca quran lima waktu tak pernah sekali arwah tinggalkan walau dalam keadaan sakit.arwah tetap gagahkan ke surau untuk berjemaah.inilah ganjaran beliau semasa hayatnya.
Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman.

P/s:-semoga kita mampu menjadikan pengajaran agar tidak leka dwngan dunia.Solat itu tiang agama"dunia tempat kita berpenat,akhirat tempat kita beristirehat".petikan kata-kata arwah ahmad ammar.al-fatihah  untuk arwah.

Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Siapakah roza roslan?

activities astro kasih rumah jagaan orangtua sejahtera