Ceramah Dhuha-Ibu Maafkan aku !
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdulillah ! pada pagi ini kita bertemu lagi kali ini ceramah waktu dhuha bersama dengan ustazah nurul hidayah yang di adakan di surau al-islah. pjs 1 bertempat di taman sri manja off jalan klang lama.
Menariknya pada tajuk kali ini membicarakan tentang topik IBU,MAAFKAN AKU!
Cara penyampaian yang bersahaja kadangkala menggugat emosi kita sebagai anak dan ibu.
Antara tanggung jawab sebagai isteri anak dan ibu terhadap anal-anak kita.Yang mana lebih utama.
Sudah tentulah ibu didahulukan.kerana ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan dan melahirkan kita,membelai kita dengan penuh kasih sayang.
Jika tak ada ibu kita takkan merasa kasih sayang.
Serius ibu adalah yang pertama di dalam hati kita.Kerana kita juga adalah seorang ibu.
Tidak banyak yang ingin aku kupaskan tapi cukuplah kita tahu yang ibu adalah insan pertama yang bertahta di hati selepas allah dan rasul. Oleh itu hargailah ibu kita selagi masih ada.
Comments