bingkisan rindu buat ayah

satu ketika dulu..
aku di sayang dan di belai..
oleh seorang lelaki bernama ayah..
tapi ..itu waktu dahulu..
ketika aku masih kecil..
ketika aku masih tak mengerti apa itu perasaan 
kasih sayang seorang ayah terhadap anak yg di tatang bagai minyak yg penuh.


setelah aku menginjak dewasa..
betapa aku tak pernah mahu masih mengerti apa itu kasih sayang seorang ayah..
sehingga aku melangkah ke alam perkahwinan.
sehingga aku mempunyai anak..
aku masih tak mahu mengerti..

sampailah di suatu hari..
mama memberi tahuku..
yang ayah..dah semakin rindu padaku..
aku tak pernah becakap dgnnya barang sekejap pn..

baru aku tersedar..
kenapa sikapku begini..
yang terlalu lebihkan mama dari pada ayah..
walaupn kasih ibu sampai ke syurga..
tapi kasih ayah sampai ke mati..

ah..berdosanya aku..hingga aku melakukan 
begini terhadap ayah..
apa salah ayah padaku..sehinggakan aku melakukan sedemikian rupa???

ya allah..ampunkan dosaku..terhadap ayah..
bukan niatku mahu menderhaka padamu ayah..
sesungguhnya..aku sgt sayang ayah juga mama.
tapi ketahuilah ayah..
tidak sekelumit pn aku membencimu..
malah sayang dan doaku x pernah pudar buatmu ayah..
walaupn aku jauh darimu..

ayah..
jgnlah engkau berkecil hati padaku.
dan janganlah memikirkan benda yang tidak2..
kadang-kala kesibukkanku sebagai hamba allah..anak..ibu kepada anak2ku..
membataskan aku selalu menziarahimu di sana..
bagiku menghubungimu untuk melepaskan rindu sudah cukup bagiku untuk seketika..


P/S ;Ayah aku sangat sayang padamu kerana allah..

Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Siapakah roza roslan?

activities astro kasih rumah jagaan orangtua sejahtera