Perubahan mujahadah.
Hari ini saya memetik tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya
' Di Mana Dia Di Hatiku.'
Untuk berjaya dan bahagia, kita perlu melakukan perubahan. Kita perlu keluar
dari zon selesa menuju zon mencabar kerana di zon mencabar itulah letaknya
kemajuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita. Zon selesa
ialah keadaan yang kita berada sekarang, sementara zon mencabar ialah
keadaan yang kita inginkan pada masa depan.
Untuk mencapai apa yang kita inginkan, kita mesti melakukan perubahan.
Kita mesti lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan
langkah-langkah baru dalam kehidupan. Ringkasnya,
kita perlu bermujahadah dan berubah. Tetapi perubahan
itu akward- yakni canggung, kekok dan tidak selesa sifatnya.
Penulisan yang sangat menarik. Berapa ramai di antara kita
yang sangat selesa dengan apa yang kita ada sekarang? Kerjaya,
rumahtangga, anak dan isteri, harta….semuanya ada..alangkah
bahagianya hidup kita…
Ataupun yang tidak ada apa-apa….”begitulah hidup kita…
kais pagi makan pagi..nak buat macam mana…sudah takdir”
Alangkah bahagianya jika kita dapat berubah sebelum dipaksa
…kesedaran untuk melakukan perubahan yang muncul itu datang sendiri,
terbit dari hati nurani…
I must change….there’s a lot I can do….there’s a lot I can contribute….
there’s is no limit of what I can achieve…..
Sesetengah daripada kita dipaksa untuk berubah….
selepas datangnya ujian Allah dalam bentuk musibah dan
dugaan, kehilangan dan sebagainya…alangkah baiknya jika
kita dapat menjadikannya sebagai satu starting point..untuk berubah….
memperbaiki apa sahaja kelemahan dan kekurangan diri sebelum ini…..
supaya kita tidak terlalu leka dengan kesedihan dan kekecewaan yang
berpanjangan….
Itulah pentingnya matlamat dalam kehidupan….kita perlu mempunyai
matlamat/wawasan….tanpanya kita tidak mungkin mempunyai daya atau
kekuatan untuk berubah…..
Sesunggguhnya jalan perjuangan itu tidak pernah mudah…namun
begitu dalam melaluinya, kita tidak keseorangan…yakinlah kepada Allah….
semoga kita ditunjukkan jalan yang benar…jalan yang diredhai….
yang akan membawa kita kepada kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin.
Comments