Lawatan ke rumah warga emas seri kenangan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Alhamdulillah letih juga ye berjalan satu hari ni.Tapi seronok sebab dapat menambah pahala dan ilmu pengetahuan tentang kehidupan  sekeliling kita.
Almaklumlah aku dah tak berkerja kan.Ada masa aku suka join aktiviti yang berfaedah camni.





Bersama dengan jiran tetangga yang hadir ke rumah orang tua seri kenangan kat cheras.

Ketika aku berada di sini bersama penghuni-penghuni yang seramai 230 orang.aku berasa sangat kerdil sekali..Kami saling bertanya khabar dan bersarapan bersama.Alangkah gembiranya mereka.saat kami hadir ke tempat mereka.
dan saat mendengar taklimat daripada seorang kakitangan yang membimbing kami.Betapa sedih rasa hati ini.Kerana terlalu ramai anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah warga emas.
atas alasan "xboleh nak jaga sebab berkerja ".
Kalau kita fikir secara logik akal.mak ayah kita sanggup menjaga kita yang seramai 10 orang takkan mak dengan ayah yang hanya ada dua org tu, kita sebagai anak x boleh nak jaga atas alasan berkerja.
Kalau akulah masih ada mak dan ayah aku akan jaga sebaik munkin.Rugilah anak-anak yang mengabaikan tanggungjawab pada mak dan ayah yang masih hidup tapi di hantar kerumah kebajikan masyarakat.

Sebenarnya aku tak tahu nak cakap apa lagi..kita sendiri boleh fikir.Allah kurniakan akal fikiran gunakan dengan baik.
Kita tak tahu nasib kita kelak.Munkin anak-anak kita akan perlakukan kita perkara yang sama macam kita lakukan dengan orang tua kita.

wallahualam..sedih sangat..



Oh sebenarnya banyak benda lagi yang aku tak sempat nak update.
Gambar pakcik dan makcik yang menghuni kat seri kenangan tu tak edit lagi.
oleh kerana kekangan waktu aku terpaksa membatalkan niat dulu..

Ada masa aku akn update ye..
ok bai :)

Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Baby hat!

Item yang bakal ke pantai cahaya.