Syukur andainya kita boleh bersyukur

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Sepatutnya ribuan ekor cicak berhimpun membuat bantahan dengan luapan emosi yang tidak dapat di bendung.
masing-masing ikat kepala alah ramboo.ditangan mereka sepanduk yang tertulis  dengan cat sembur berwarna jelas.

Jeritan bersimponggang memenuhi lorong-lorong dan jalan utama. berdozen-dozen polis simpanan terpaksa di kerah mengawal keadaan,apa yang pasti trak-trak membawa pergi ekor-ekor cicak  yang mudah putus akibat terpijak dan bersesak sesama sendiri.

"kami mahu keadilan"
"kami mahu keadilan !"

Itulah laungan sejak tadi.Dipentas  utama menggunakan pembesar suara mudah alih ucapan ketua umum mula berkumandang bersahutan,tepukan dan pekikan  luahan rasa.
"kita mahu keadilan paa hari ini.Bagaimana munkin cicak yang hidup merayap boleh  meneruskan hidup sedangkan semua makanan kita ialah serangga yang punya sayap.Ini tidak adil!"

Jerit ketua umum cicak memuntahkan emosi membakar seluruh lorong dan jalan raya.
"kami mahu sayap!"
"kami mahu sayap!"
Jerit cicak-cicak meneruskan protes.
Bilakah ia akan berakhir?waktu pun tidak tahu menjawabnya.
Sebenarnya akur,walaupun tidak memiliki sayap untuk terbang bagi memburu serangga,mereka di anugerahkan lidah yang mempunyai pelekat ajaib.Setiap serangga yang alpa pasti tidak terlepas.Di hujung cari ada kekeras yang menjaadikan mereka boleh mendakap siling sambil meluncur dengan pantas kemana saja dalam keadaan biasa atau terbalik.Semua cicak bukan memprotes tuhan tetapi melihat kepada anugerah yang di kurniakan.Apa yang pasti mereka semua berupaya menyambung hidup sejak zama-berzaman seawal zaman dinosour lagi (dinosour pun dah pupus) Terima kasih allah syukur padamu!.

Itulah bicara cicak,bicara hamba yang tahu bersyukur .walaupun hanya punya susuk tubuh kerdil namun mampu survival bertahan mengongsi bumi.

Ramai sekali dikalangan manusia yang bercakap sepatutnya begini,sepatutnya begitu.Jarang mereka ingin lihat kebaikan dan berpegang kepada ,sebenarnya begini,sebenarnya begitu.

Sepatutnya akan membuat cicak tidak puas hati .Sebenarnya menjadikan mereka melihat kurniaan dan hikmah.

Apabila kita dapat memahami ini.kita akan menghela nafas panjang dalam dada penuh kesyukuran dan berkata-kata kerana aku boleh bersyukur..









Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Siapakah roza roslan?

activities astro kasih rumah jagaan orangtua sejahtera