Hati yang terluka

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 




Pada saat begini, masa yang aku rasakan sunyi ini,
 aku sering isikan dgn kenangan dulu yang pernah menerjah jiwa dan minda aku.
Ia sering kali tak pernah pergi walaupun aku puas menghalau nya,
 ia datang saat aku bersendiri,biarlah dia datang menemani aku
, mungkin dari perspektif negatif ia jahat, tapi biarlah aku putarkan untuk ke arah positif pula, ia sudah cukup baik dan berguna sebagai panduan jalan selamat menuju perjalanan berliku yang bakal aku hadapi nanti, itu pastiaku akan ingat dan akan kuat ku semat dalam jiwa dan mindaku.
Setiap yang datang mungkin kita rasakan itu bebanan, tapi jika kita selongkarkan, kita pasti terjumpa hikmah disebaliknya..Seringkali aku cuba menipu hati ini untuk terus bahagia dan tertawa sendiri, melangkah dengan penuh semangat untuk terus hidup di bumi Allah ini, cuba sedaya upaya lari dari masalah yang terus membelenggu saban hari.
Pada saat aku memerlukan, ia terus hilang, aku terus fahami dan selami lautan hati aku, mungkin ia lari dari cinta ciptaan dia sendiri, biarlah aku berenang sendiri sampai ke tempat yg aku mahu.sendiri.., walaupun bukan tempat kebahagian mungkin tempat kejayaan suatu hari nanti siapa tahu...
"...meskipun kesalahan atau kesilapan itu boleh dimaafkan, tetapi janganlah berbicara sampai menyakiti dan menyinggung hati orang lain, kerana kemaafan itu adakalanya bukanlah pengubat... HATI YANG TERLUKA TETAP TERLUKA..."

Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Siapakah roza roslan?

activities astro kasih rumah jagaan orangtua sejahtera