Saturday, May 24, 2014

burasak bugis

Gambar sekadar hiasan

Burasak bermaksud lipatan yang padat atau mampat makanan ini selalunyadi huat sebagai bekalan dalam perjalanan jauh.sepwrti mengerjakan haji.semakin lama burasak dikukus,semakin tahan lama.burasak antara sajian bugis yang paling di kenali.

Bahan-bahannya:

Santan 1.2 liter
Garam 1 camca besar
Beras siam 1kg
Daun pisang nipah muda 3helai
Daun pisang nipah tua 3 helai

Cara membuatnya
1.masak santan di dalam periuk sampai mendidih bubuh garam.
2.masukkan beras siam ke dalam santan.
2. Masak beras sampai kembang dan sejukkan atas seketika.
4.potong daun pisang muda menjadi segi empat lebih kurang 26.5cm x 16cm.
5.letak dua camca beras di atas daun pisang muda.
6.mampatkan beras dan bungkus dengan kemas.
7. Susun enam bungkus beras di atas daun pisang muda yang di potong panjang dan di balut kemas.
8.kemudian bungkus lagi dengan daun pisang tua yang lebar lebih kurang 32cm x48cm. Ikat kemas menggunakan tali rafia.
9.didihkan air dan masukkan bungkusan burasak.pastikan semua bahagian terendam didalam air.
10.rebus lebih kurang 3 hari untuk mendapatkan hasil yang lebih enak dan tahan lama.
11.boleh di hidang sebagai pengganti nasi dan di makan bersama gulai atau sambal.

Selamat mencuba!
Warisan zaman berzaman...

P/s:- sumber dari mama di sabah.