Mencari redha..
Hidup adalah perjuangan. Perjuangan untuk mendapat keredhaan Allah.
Kehidupan sentiasa berputar seperti roda.
Terkadang di atas, sesekali di bawah..itu perkara biasa.
Hidup jika tidak diisi dengan perkara bermanafaat alangkah sia-sia.
Masa berlalu pergi seperti angin berhembus lalu.
Jiwa akan kosong dan meronta-ronta mencari sesuatu yang seakan-akan
kehilangan. Betulkan? Kenapa kosong? Kerana tidak hampir denganNya,
kerana tiada hubungan cinta denganNya, kerana sering melupakanNya.
Hidup akan berasa terisi jika kita dekat denganNya, terasa bahagia,
seakan-akan kita dapat menakluki dunia kerana seperti ada kekuatan yang
sentiasa hampir..betulkan??
Pengalaman yang dilalui jadikanlah sebagai pedoman untuk masa depan.
Sekiranya kita tersungkur kesedihan, kehilangan dan kesakitan..
anggaplah ianya panggilan Allah untuk menyedarkan kita agar kembali
dekat padaNya.
Kegembiraan, kebahagiaan dan kesenangan jangan pula melalaikan kita…
kerana ia juga satu ujian untuk melihat sejauh mana kita mengingat
kembali pertolongan dan bantuan Maha Perkasa. Diberi dan diambil
perkara lumrah kerana kita hanya peminjam sementara.
Senyuman bila-bila masa boleh bertukar kepada tangisan rintihan..
kerana segala-gala datang dariNya.
Perjuangan kita hanya mencari rahmat dan redhaNya,
memohon bantuan dan kekuatan agar dapat menjalani ujian
kehidupan sebaik mungkin. Jadi manusia bermanafaat di dunia dan memperoleh
kejayaan di akhirat nanti…insyallah..
Comments