mandi wajib
MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?
Jangan Pandang Remeh Bab ni.....
Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang
mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di
tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan
betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak
boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung
sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan
seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun,
berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak
Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara
ini.
“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak
memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota
badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh
seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi
wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri
Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak
boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah
mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak
akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan
najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat
mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ”
Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika
air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid,
niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja
aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu
memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan
menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali
niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya
dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu
mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan
najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi,
jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi
wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke
seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di
badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu
ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau
sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib
dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu
bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh
menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu
wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan
ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang
merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna
selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang
mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib,
dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk
membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna
pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna
pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang
menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan
meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air
terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham.
Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya
pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal
ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.
Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian
mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah
merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan
perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz
Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab
melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar
air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum
perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air
mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan
suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas
bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam,
jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah
sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Panduan Tambahan :
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah
minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan
menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan
berdo’a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup
dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.
Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman.
Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’,
“Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana
engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).-
( DOA TENGOK CERMIN ).
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah,
tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau
takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan
berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa
Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran,
buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan.
Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan
bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari
dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan
tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang
menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar
ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian
SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita
di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika
kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan
oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam
kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak
sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta
cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan
kamu yang perasan!!!” Wassalam.
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik
manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain
Comments