wedding adik alah bugis

hari perkahwinan adikku di sabah pada 2012


ha kalau korang nak tahu nila baju pengantin orang bugis..
walaupun sebahagianku berdarah bugis..
aku sendiri tak pernah rasa pakai pengantin ni..
bukanlah aku melupakan aat resam atau sengaja tak nak pakai..
di sebabkna perkahwinanku berlangsung di semenanjung..
aku kena ikut adat melayu lah katakan..


sedikit megenai bugis melayu di sabah

Bugis tulen di Sabah ini sangat mementingkan akar umbi
keturunan mereka. Mereka ini adalah sangat berbeza dan
tidak sama seperti masyarakat Melayu yang mempunyai darah
keturunan Bugis. Ini menyebabkan Bugis Tulen ini lebih bersifat
 mengutamakan kaum atau bangsa sendiri dan mereka tidak suka
berkahwin dengan masyarakat Melayu yang ada di Tawau. Bangsa Bugis
 di Tawau ini sangat menekankan adat dan tradisi Bugis dalam kehidupan
mereka dimana adat Bugis mereka ini yang sama diamalkan di Indonesia ini
 sangat berbeza dengan adat Melayu. Ini menyebabkan cara kehidupan mereka
 sukar diterima oleh masyarakat Melayu tempatan. Mereka juga lebih suka
berhubungan rapat dengan saudara mereka yang masih terdapat ramai di
Sulawasi Selatan. Bugis tulen ini sebenarnya adalah masyarakat Bugis
Indonesia yang datang mencari kerja di Tawau selepas kewujudan negara
INDONESIA. Pada asalnya, jumlah pekerja Bugis Indonesia ini agak terkawal
kerana mereka sebenarnya dijemput untuk bekerja di ladang ladang koko,
kelapa sawit dan kem kem pembalakan. Namun, setelah Tawau menjadi lubuk
pekerjaan yang bergaji lumayan, kehadiran bangsa Bugis Indonesia sudah
tidak terkawal. Jumlah mereka ini semakin bertambah hingga ke hari ini
sehingga mencecah ratusan ribu orang di seluruh negeri Sabah.

Kehadiran mereka dalam jumlah yang terlalu ramai di Tawau begitu
menyesakkan. Walaupun mengundang simpati dengan kesusahan hidup mereka
di negara mereka di Indonesia namun dengan sikap sebahagian kecil daripada
mereka yang suka mengambil kesempatan dan melakukan penipuan untuk
kepentingan diri, mengundang pula banyak masalah kepada masyarakat
tempatan. Sebab itulah, mereka dicurigai dan sukar dipercayai walaupun diterima atas dasar kemanusiaan oleh masyarakat tempatan. Mereka kebanyakan tinggal di kawasan penempatan tidak sah yang tidak diwartakan sebagai kampung seperti di kawasan perairan bakau atau di hutan hutan simpan berdekatan bukit. Di Sabah, bangsa Bugis ini tidak diiktiraf sebagai penduk peribumi ( natives ) dan diberikan syarat yang ketat dalam pemilikan Tanah. Bugis Indonesia dapat dibezakan dengan Melayu Bugis ialah melalui nama mereka. Nama nama Bugis di antaranya ialah seperti Bachok, Ambok, Beche, Beddu, Bula, Bolong, Patawari, Mapiase dan Picho. Namun, anak anak mereka sudah tidak lagi menggunakan nama nama Bugis sebaliknya menggunakan nama nama Melayu seperti masyarakat Melayu tempatan. Loghat pertuturan Bugis Tulen atau Bugis sIndonesia ketika menggunakan bahasa Melayu juga berbeza dengan loghat Melayu tempatan namun anak anak mereka sudah malu untuk bertutur menggunakan loghat Bugis Tulen sebaliknya bertutur menggunakan loghat Melayu Tawau tidak seperti ibu bapa mereka yang pekat menggunakan
loghat Bugis mereka selain bertutur dalam bahasa Bugis sendiri
yang tidak difahami oleh masyarakat tempatan.

Sebenarnya orang orang Bugis ini berasal dari Sulawesi Selatan,
Indonesia. Kewujudan mereka di Sabah adalah sejak abad ke-19,
iaitu ketika wilayah Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan
jajahan orang-orang Inggeris iaitu melalui Syarikat (Berpiagam)
Borneo Utara. Mengikut catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965)
menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898, iaitu berikutan
langkah-langkah pihak Syarikat (berpiagam) Borneo Utara membuka
sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas
pentadbiran kerajaan tempatan di situ. pada 1947.( Rujuk :
Sejarah Penghijrahan Bugis dari Sulawesi selepas Kemerdekaan Indonesia 1947 ). Namun kehadiran perantau Bugis ini tidaklah ramai dan mereka semuanya telah menjadikan diri mereka menjadi sebahagian masyarakat Melayu Tawau. Mereka berkahwin dengan penduduk peribumi tempatan seperti Tidung dan Suluk dan tidak lagi berbahasa Bugis dan mengamalkan adat dan cara hidup Melayu Tawau. Misalnya, Serang Saman, seorang yang mahir dalam pengendalian urusan di pelabuhan telah dilantik oleh kerajaan British untuk menjawat jawatan di pejabat residen bersama sama Penghulu Tawau ( OKK ) iaitu OKK Kee Abdullah. Keturunan Serang Saman ini masih wujud di Tawau hingga ke hari ini dan menganggap diri mereka adalah orang orang Melayu Tawau yang mengamalkan adat dan budaya Melayu. Mereka juga tidak tahu berbahasa Bugis dan tidak ada hubungan dengan rakyat di Indonesia kerana mereka adalah rakyat Malaysia sepenuhnya yang pernah memperjuangkan bangsa Melayu ketika zaman Jepun dan penyatuan bangsa Melayu sebelum merdeka dari penjajahan British. Mereka bersama sama Datuk Abu Bakar Titingan, Penghulu
Jainal Kerahu dan ramai lagi pemimpin Melayu bersatu di bawah PKMT
 ( Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu ) pada 1945 dan seterusnya
bersatu di bawah USNO ( Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu ) pada 1961.


Namun setelah kemerdekaan Sabah melalui Malaysia pada 1963,
telah muncul kehadiran warga-warga indonesia dari bangsa Bugis ke Tawau.
Kesukaran mencari pekerjaan di Indonesia menyebabkan mereka sanggup
 meninggalkan tanah air mereka menggunakan kapal untuk datang mencari
rezeki di Tawau yang menjanjikan kehidupan yang lebih menjamin kesenangan.
 Kehadiran mereka di Sabah asalnya adalah sebagai warga buruh yang bekerja
 di ladang-ladang koko, ladang-ladang kelapa sawit dan juga di kem-kem
 pembalakan. Umumnya, masyarakat Indonesia di Sabah, majoritinya
adalah daripada kalangan Bugis.( Rujuk : Bancian Data Pekerja Asing di
Sabah ). Tak kiralah yang masih memegang pasport pekerja, bekerja secara
 tidak sah ataupun yang diberikan taraf warganegara Malaysia.
Perbezaan Melayu Tawau dengan Bugis asli

Melayu Tawau ialah masyarakat Melayu yang wujud di Tawau sebelum
zaman penjajahan lagi dan sebelum zaman pendudukan tentera Jepun
 di Borneo Utara. Manakala Bugis asli yang merupakan pendatang dari
Indonesia yang datang ke Tawau setelah kewujudan negara Indonesia.
Di Indonesia, mereka dikenali sebagai bangsa Bugis mengikut daerah
masing-masing seperti Bugis Rappang, Bugis Bone, Bugis Enrekang dan
sebagainya manakala di Sabah mereka diwartakan sebagai bangsa Indonesia
sama seperti bangsa Toraja dan Timor yang juga berasal dari Indonesia
dan datang ke Tawau ketika zaman kepadatan penduduk dan permasalahan
ekonomi di selatan Sulawesi. Walaupun masyarakat Melayu Tawau ada yang
berdarah campuran Bugis tetapi mereka tidak tahu langsung bertutur
dalam bahasa Bugis sebaliknya hanya tahu bertutur dalam
bahasa Melayu Loghat Tawau dan mengamalkan adat tradisi Melayu
serta patuh kepada ajaran dan amalan agama Islam yang suci,
diwarisi dari nenek moyang mereka yang sememangnya tinggal di
Tawau sejak beberapa generasi dahulu. Sebaliknya masyarakat Bugis
Asli yang merupakan kumpulan imigran dari negara Indonesia ini
masih mengamalkan adat yang diamalkan ketika mereka hidup Indonesia.
Mereka sangat patuh kepada adat mereka yang berlainan dengan adat
masyarakat Melayu. Perkampungan Bugis Asli ini banyak tertumpu di
kawasan perumahan sempit yang dahulunya merupakan tanah kerajaan
( setinggan ) seperti di kawasan bekas bakau di Tanjung Batu Laut,
kawasan bekas bakau di Pasir Putih dan kawasan lereng bukit di
sekitar Bukit Kukusan. Selain itu banyak juga kawasan perumahan
sempit di beberapa kawasan sekeliling lapangan terbang lama Tawau
yang ditinggalkan seperti di Sri Menanti, Kampung Sentosa dan
Kampung Toraja.


Comments

saya pun banyak kawan2 yang berbangsa bugis ni..tapi x pernah lagi menghadiri perkahwinan bugis sebab kawan2 banyak berkahwin dengan orang tempatan sini yang berbangsa brunei..^_^

Popular posts from this blog

cinta sejati

Siapakah roza roslan?

activities astro kasih rumah jagaan orangtua sejahtera