makaroni bakar

 Ihsan dari google.

Assalamualaikum. Haa, aku ingat minggu ni aku nak buat makaroni bakar ni la. Mood tgh rajin. Cam sedap je. Heee aku google search dari blog sorang akak ni. Sebab cara dia buat cam sedap je. Apapun thanks ya.

Bahan-bahan:
1.Makaroni-250gm
2.Bawang putih-2 ulas potong nipis
3.Bawang besar-1 biji potong dadu
4.Telur-5 biji (sedap letak banyak bagi aku)
5.Rempah kari daging-2 sudu besar
6.Daging kisar Abang Ramly
7.Sosej-3 batang
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Keju-optional
Daun bawang, bawang goreng-hiasan
Lada hitam-1 sudu besar kalau nak pedas

Cara-cara:

1. Mula-mula baca Bismillah. Rebus makaroni sampai lembut dan toskan.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang besar.

3. Masukkan daging kisar dan biar daging masak atau bertukar warna.

4. Masukkan rempah kari daging dan kacau sebati sesuka hati. Tambah gula dan garam secukup rasa.

5.Sekarang baru masukkan watak utama iaitu makaroni. Gaul sampai nampak kasih sayang antara bahan-bahan.

6. Sediakan loyang yang dah digris dengan marjerin. Masukkan bahan yang dimasak tadi ke dalam loyang.

7. Pukul telur macam nak buat telur dadar dan masukkan dalam loyang. Telur tu agak-agak sampai makaroni tu tenggelam la. Kasi rata ahh.

8. Taburkan cheese atas semua bahan tadi kalau nak. Tapi aku tak letak sebab cheese takdak stok.

9. Masukkan dalam oven yang dah dipanaskan dan bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit.

10. Dah masak tu boleh la tabur bunga bawang dan daun bawang serta picit sos cili. Ini hiasan sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

cinta sejati

Baby hat!

Item yang bakal ke pantai cahaya.